Iklan (^^,)

Sunday, 23 January 2011

Kek Mousse Mangga



BAHAN-BAHAN KEK SPAN VANILA:
  • 400gm gula kastor
  • 500gm telur
  • 500gm tepung kek (elak dari menggunakan tepung naik sendiri)
  • 150gm minyak jagung
  • Sedikit perasa vanila

CARA PENYEDIAAN KEK SPAN VANILA:
  1. Pukul gula dan telur sehingga ia menjadi kembang tiga kali jumlah asalnya.
  2. Masukkan tepung sedikit demi sedikit. Kemudian masukkan minyak jagung.
  3. Bakar dalam ketuhar pada suhu 180 darjah Celsius selama 15 minit.

BAHAN-BAHAN MOUSSE MANGGA:

BAHAN-BAHAN A:
  • 1000gm puri mangga
BAHAN-BAHAN B:
  • 250gm putih telur (suhu bilik)
  • 500gm gula kastor
BAHAN-BAHAN C:
  • 750gm krim
BAHAN-BAHAN D:
  • 52gm gelatin halal
  • 300gm air

CARA PENYEDIAAN MOUSSE MANGGA:
  1. Pukul bahan B tapi pastikan adunan tidak terlalu lembut.
  2. Pukul bahan C sehingga lembut.
  3. Campurkan bahan D dan panaskan dalam 'water bath' sehingga semuanya cair.
  4. Campurkan kesemua bahan-bahan A, B dan C dengan perlahan-lahan. Kemudian masukkan bahan D. Jangan sejukkan dalam peti sejuk kerana ia akan menyebabkan ramuan ini menjadi keras.

CARA PENYEDIAAN KEK MOUSSE MANGGA:
  1. Dalam dulang kek, letakkan kek span vanila sebagai lapisan bawah. Kemudian masukkan campuran mousse ke atasnya. 
  2. Lapiskan semula dengan kek span dan bubuh jus mangga dan lapisan mousse.
  3. Sejukkan dalam peti sejuk sebelum dihidangkan.

~sumber: MW090109~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...