Iklan (^^,)

Thursday, 24 March 2011

Telur Itik Masak Lemak Pucuk Ubi




Telur Itik Masak Lemak Pucuk Ubi

BAHAN-BAHAN:

  • 6 biji telur itik
  • 500ml pati santan
  • 1 batang serai (dititik)
  • 10 biji belimbing tanah (dititik)
  • 150gram pucuk ubi (dibersihkan)
  • Air (secukupnya)
  • Garam (secukup rasa)

BAHAN-BAHAN DIKISAR:
  • 1 1/2 inci kunyit
  • 10 biji cili api
  • 4 ulas bawang putih
  • 6 ulas bawang merah

CARA MEMBUAT:
  1. Masukkan bahan dikisar, santan pekat dan serai ke dalam periuk. Reneh atas api perlahan. 
  2. Masukkan sedikit air agar kuah tidak terlalu pekat. 
  3. Biarkan air mendidih baru pecahkan telur itik ke dalam periuk satu per satu - jangan sampai kuning telur pecah. 
  4. Bila telur dianggarkan masak dan agak keras, masukkan pucuk ubi. Biarkan sebentar agar empuk.
  5. Kemudian masukkan garam dan belimbing yang telah dititik.
  6. Teruskan mengacau dan elakkan pecah minyak.
~Sumber: MW~

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...